Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 9 November 2013

Antioksidan dan Penyakit Kronik

Tahukah anda satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menderita penyakit diabetes. Kebanyakan daripadanya bukan sahaja menghidap penyakit diabetes malah turut menghidap penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf dan bemacam-macam lagi.

Salah satu punca penyakit kronik ini adalah disebabkan kurang mengambil makanan antioksidan hingga boleh mengakibatkan penyakit diabetes, darah tinggi (hipertensi) dan ateroksklerosis.Ia semua adalah berkait rapat dengan stres oksidatif yang menghasilkan spesies oksigen reaktif (ROS). Spesies oksigen reaktif iaitu radikal bebas adalah produk sampingan proses metabolisme fungsi selular dan tindak balas biokimia tubuh.

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan satu elektron dan justeru itu, ia tidak stabil. Jadi untuk ia menjadi stabil, radikal bebas akan mencuri elektron daripada sel tubuh, lalu merosakkan sel tersebut dan mencetuskan satu rangkaian tindak balas di mana lebih banyak radikal bebas dibentuk. Sel tubuh dan tisu yang rosak akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, katarak, kanser, artritis dan juga masalah penuaan pra-masa.

Fungsi Antioksidan

Dalam mengurangkan risiko penyakit kronik tersebut, antioksidan berfungsi menukarkan radikal bebas kepada bahan buangan tidak berbahaya yang disingkirkan dari tubuh sebelum ia dapat menimbulkan masalah. Namun sekiranya terlalu banyak radikal bebas, tubuh memerlukan antioksidan yang banyak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, kebolehan tubuh untuk menghasilkan antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

Jadi bagaimana mengekalkan dan menambah antioksidan di dalam tubuh?

Dengan Shaklee, terdapat supplemen yang berfungsi sebagai antioksidan yang boleh membantu anda untuk menambah dan mengekalkan antioksidan di dalam tubuh.


VITA-E COMPLEX

Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Banyak manfaatnya seperti mengurangkan tekanan darah, memelihara jantung yang sihat, membantu para lelaki mempertingkatkan reproduktif dengan meningkatkan bilangan sperma, anti-penuaan dengan mengurangkan kedut, garis halus, parut dan akne. Selain itu, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor serta mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan seterusnya memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan masalah penglihatan.

CAROTOMAX


Mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli,marigold, epal, kentang, minyalk sawit dan lain-lain lagi. Terdiri daripada fitokimia semulajadi seperti beta karotena yang mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan, menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Selain itu, Carotomax yang dihasilkan dengan alpha dan beta karotena yang memelihara mata yang sihat, membantu individu yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, kelesuan mata, katarak, glaukoma, eyebag dan lain-lain lagi. Ia juga meredakan penyakit kulit, mengurangkan infeksi, selesema, athma dan batuk.

 SUSTAINED RELEASE VITA-C


Sustained Release Vita-C merupakan Vitamin C yang direka oleh Shaklee yang mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vtamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Lagi manfaatnya di sini.

GARLIC COMPLEX

 
Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antioksidan, antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Kelebihan Garlic Complex ini adalah ia berfungsi mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung, menghalang alergi, mempertingkatkan sistem imun badan, menyelesaikan masalah tekanan darah tinggi, menghalang kerosakan hati disebabkan oleh bahan kimia, menstabilkan glukos di dalam tubuh, mencegah kanser serta menurunkan kolestrol.

ZINK COMPLEX

 
 Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh badan.Zinc sangat berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. Ia berfungsi mempertingkatkan sistem imun, menghasil dan mengekalkan insulin bagi memperbaiki masalah diabetes, mempercepatkan pemulihan luka, memperbaiki masalah prostat, meningkatkan bilangan sperma serta memperbaiki radang kulit.

VIVIX

 
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Ia sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Selain itu, manfaatnya adalah menggalakan penuaan yang sihat, membantu mengelakkan kanser, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan komplikasi diabetes, meningkatkan kesihatan arthritis, menyokong kesihatan sendi, melindungi saraf, mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk, membantu dalam proses penurunan berat badan, menyokong kesihatan mata, meningkatkan kesihatan imun badan serta menggalakan kesihatan keseluruhan.
 
 
Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

Monday, 4 November 2013

Osteoporosis - Akibat Kekurangan Kalsium


Osteoporosis yang bermaksud tulang poros, ialah masalah jisim tulang makin berkurangan, lemah, rapuh serta mudah patah dan dalam jangka panjang, postur tubuh penghidapnya membongkok dan menjadi lebih rendah. Ia boleh menyerang semua kumpulan umur tetapi lebih banyak dihidapi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sama ada lelaki atau wanita. Hampir 75 peratus kejadian patah tulang di bahagian pinggul, belakang dan pergelangan tangan berlaku di kalangan mereka yang berumur melebihi 65 tahun.

Namun, wanita lebih mudah mendapat osteoporosis kerana mereka kehilangan kepadatan tulang pada kadar lebih pantas apabila paras hormon estrogen semakin menurun selepas menopaus.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, 32 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil makanan berkalsium tinggi setiap hari. Lebih dua pertiga pula tidak melakukan senaman secukupnya, lantas mendedahkan mereka kepada risiko osteoporosis dan penyakit lain berkaitan tulang.

Tulang pesakit osteoporosis mudah patah walaupun berlaku pelanggaran kecil atau ketika membongkok dalam aktiviti harian. Mana-mana bahagian tulang boleh patah atau retak tetapi bahagian paling mudah tercedera ialah pergelangan tangan, belakang dan pinggul. Osteoporosis ialah antara penyakit yang boleh dirawat dan dihindari melalui gabungan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pengambilan kalsium dan vitamin D secukupnya.

Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata jisim tulang mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun dan sebaik mencecah umur berkenaan, tanpa senaman dan nutrisi yang mencukupi, tulang akan menjadi rapuh, seterusnya menyebabkan osteoporosis.

OsteMetrix Shaklee Sumber Kalsium Semula Jadi Anda

OsteMetrix Shaklee merupakan kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%. Terdiri daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, Vitamin D dan fosforus, zink, kuprum, manganes dan boron. Memberi manfaat kepada setiap golongan dalam memastikan keperluan kalsium mereka adalah mencukupi :

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan atritis.

Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu kedatangan haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

⌕ Mengandungi Vitamin D yang meningkatkan penyerapan fosforus dan kalsium untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka serta memperbaiki penyakit periodontal.

⌕ Mengandungi magnesium yang membantu menggalakan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot serta menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

⌕ Mengandungi zinc, boron, manganes dan kuprum yang memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan serta menghalang artritis.


1 BIJI OSTEMETRIX = 1 GELAS SUSU TINGGI KALSIUM = 80 BIJI BADAM


Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com