Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 2 January 2014

MASALAH KEPUTIHAN - NORMAL @ PENYAKIT


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita mempunyai pelbagai sifat dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan oleh wanita berpunca daripada KULAT. Lazimnya, keputihan ini berlaku sewaktu stres atau ketika imuniti tubuh menjadi lemah.  

Namun, bagi mengetahui sama ada keputihan ini membawa penyakit ataupun tidak kepada seseorang wanita itu boleh dikenalpasti melalui dilihat menerusi ciri dan warna yang keluar setiap kali keputihan berlaku. 

Di sini, kami kongsikan dengan anda ciri atau warna lelehan lendir saat berlaku keputihan untuk anda ketahui sama ada ianya berpenyakit atau tidak.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3. Putih pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.   
4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Warna-warna lain
1. Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.
2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.
3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.
Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Majalah PaMa.
Masalah keputihan tidak boleh dipandang ringan. Masalah yang disangka normal jika tidak diberi perhatian boleh memudaratkan. Seperti yang dipetik daripada FB Dr. Hamid Arshat :
"Masalah keputihan atau vaginal discharge memang sering berlaku dan banyak puncanya. Ada yang disebabkan olih kehamilan, hari subur/ ovolation tapi yg sangat dikhuatiri ia disebabkan olih kanser atau tumbuhan lain. Tapi punca yg paling sering sekali ialah jangkitan kuman, bakteria, virus, kulat/fungus atau parasite. Keputihan sering berwarna kuning/hijau, gatal2 dan berbau. Kebanyakan jangkitan tak mudharat tapi sekadar mengganggu keselesaan. Tapi ia bolih ia bolih menyebabkan kemandulan, keguguran, kematian bayi, perdarahan dan kesakitan dan ada kalanya menyebabkan kanser. Jangan pandang ringan, periksa dan dapatkan rawatan."
==========================================================

ALFALFA Shaklee telah banyak membantu wanita dalam mengatasi masalah keputihan mereka.. dan yang paling penting sekali suami suka...



Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :


Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment