Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 28 January 2014

JAGA KESIHATAN - LELAKI PLEASE TAKE NOTE!!!!

Secara umumnya, golongan lelaki kurang membuat pemeriksaan kesihatan berbanding wanita. Kalau wanita, masa mengandung of course kena buat pemeriksaan kesihatan, lepas bersalin pun akan buat pemerikasaan kesihatan kan..Tapi kalau lelaki ni memang jarang ada kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan sehinggalah apabila sesuatu penyakit dah "hinggap" kat badan dia..

Jadi di sini kami kongsikan beberapa jenis ujian kesihatan yang boleh membantu golongan lelaki di luar sana agar lebih menitikberatkan kepentingan pemeriksaan kesihatan.

Lakukan ujian tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Tekanan di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah.

Lakukan ujian kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang.

Lakukan ujian BMI dan ukuran pinggang
Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti.

Lakukan ujian mengesan barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda. 

Sumber dari Yahoo

Selain mengamalkan pola pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat dan berkualiti, pengambilan supplement juga sedikit sebanyak membantu seseorang untuk mendapat tahap kesihatan yang cemerlang. Di sini terdapat supplemen Shaklee yang dicadangkan khas untuk kesihatan para lelaki di luar sana.



Kepada anda yang mementingkan kesihatan luar dan dalam, berminat dengan produk Shaklee, jangan malu dan segan untuk pertanyaan lanjut mengenai produk dan harga :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment