Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 8 April 2014

Sakit Gastrik - OsteMatrix Boleh Membantu!

Kebelakangan ini ramai juga yang bertanya supplemen Shaklee yang boleh membantu penyakit gastrik. Secara umumnya, penyakit gastrik sering dikaitkan dengan perut kosong, lambat makan, tak makan, angin dan lain-lain lagi..

Jadi untuk membantu anda yang mengalami masalah ini saya kongsikan fakta mengenai penyakit gastrik ini.

APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

BAGAIMANA GASTRIK BERLAKU?


Kelenjar pada dinding perut yang merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.



PUNCA GASTRIK
  • Penggunaan kerap ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang
 SIMPTOM GASTRIK

  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati
 LEGAKAN DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE


Untuk melegakan sakit gastrik adalah dicadangkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan OsteMatrix (Kalsium).


Energizing Soy Protein (ESP) melegakan sakit gastrik anda dengan 3 langkah :

  1. Kandungan kacang soya yang bersifat alkali dapat meneutralkan asid gastrik yang  dirembeskan oleh kalenjar dinding perut.
  2. Kandungan asid amino di dalam ESP dapat membantu membina semula sel-sel dinding perut yang baru setelah terhakis akibat daripada asid perut yang dirembeskan.
  3. Dengan mengambil ESP, tidak perlu lagi risau tentang perut kosong kerana ianya mengenyangkan disebabkan sifatnya yang lambat dihadamkan. 

OsteMatrix pula adalah supplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.


Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir

No comments :

Post a Comment