Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 12 August 2014

KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL


Entry kali ini adalah untuk berkongsi dengan korang semua mengenai keperluan kalsium terutama untuk ibu-ibu hamil. Bila kita hamil, memang keperluan setiap zat makanan kena double up sebab zat makanan kita akan diserap oleh dua individu; ibu dan baby dalam kandungan. Jadi ibu-ibu hamil jangan ambil mudah dengan keperluan zat makanan semasa hamil kerana kekurangan salah satu zat makanan boleh menyebabkan komplikasi sama ada kepada ibu atau baby.

Actually tetiba terfikir nak share mengenai keperluan kalsium untuk ibu hamil ni adalah bila teringat kepada adik ipar yang sedang hamil yang memang tak boleh masuk susu dalam mulut dia..mesti muntah balik..Jadi bila kami nasihatkan dia macam mana pun kena ambil kalsium juga, dia pun usaha la cari sumber kalsium yang lain..

Jangan ambil mudah ye wahai mommy di luar sana!

BAHAYA IBU  HAMIL KEKURANGAN KALSIUM

Secara amnya, ibu hamil memerlukan 1,200mg hingga 1,300mg kalsium setiap hari iaitu tambahan 300mg hingga 500mg keperluan kalsium oleh orang dewasa. Kalsium dalam badan ibu hamil akan diserap oleh baby dalam kandungan bagi pembentukan tulang dna gigi. Namun sekiranya kalsium tersebut tidak diganti, ia akan memberi kesan kepada ibu dan lebih buruk sekiranya kesan itu berterusan sehingga usia tua.

Pentingnya keperluan kalsium oleh ibu hamil adalah :

1. Mengurangkan komplikasi meneran semasa proses bersalin
2. Penting untuk pembekuan darah
3. Menstabilkan transmisi impuls saraf
4. Merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
5. Mengelakkan kekejangan semasa proses bersalin
6. Mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu gejala darah tinggi
7. Mengelakkan ibu kehilangan gigi pada usia muda 
8. Mengurangkan risiko osteoporosis

Keperluan kalsium juga tidak hanya ketika hamil sahaja. Ibu-ibu yang menyusukan anak juga perlu mengekalkan keperluan kalsium pada kadar yang sama bagi memastikan kalsium tidak berkurangan dalam badan kerana baby yang sedang menyusu juga menyerap kalsium daripada ibunya.



 OSTEMATRIX - BEKALAN KALSIUM ANDA 

So, berbalik kepada cerita adik ipar saya yang tidak boleh minum susu tu, saya pun mencadangkan untuk mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsiumnya. Tambahan pula semasa dia membuat check up di klinik, nurse pun mencadangkan beliau mengambil Ostematrix Shaklee.


Antara kebaikan dan manfaat Ostematrix adalah :

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir



Monday, 11 August 2014

OVARIAN CYST - ADAKAH BAHAYA?

Cyst atau sista bukanlah satu nama yang asing bagi wanita. Bagi yang sedang berusaha untuk hamil antara perkara yang disebut-sebut oleh doktor bila kita membuat rawatan kesuburan adalah "kita cek dulu sama ada puan ada cyst atau tidak..". Tapi adakah cyst ini bahaya sehingga menyebabkan wanita tidak boleh hamil. Jadi untuk lebih jelas pasal cyst ni, jom kita sama-sama menelaah kisah cyst ini!

APA ITU CYST

Sista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.

Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita tetapi paling kerap ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid. Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur. Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun demikian ada sesetengahnya yang terus membesar melebihi 2cm dan ini dikenali sebagai ovarian cyst.



ADAKAH CYST BAHAYA?

Merujuk kepada penulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, 95% daripada ovarian cyst adalah benign iaitu tidak merbahaya. Ia adalah 'bukan penyakit' iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita. Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain. Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.



CYST DAN KETIDAKSUBURAN

Terdapat beberapa jenis cyst yang boleh mengganggu kesuburan :

1. Endometriomas - cyst yang disebabkan oleh endometriosis
2. Polycystic Ovarian Cyst - terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur, dan kadar kandungan horman tertentu yang tinggi dalam darah

Namun demikian, terdapat juga cyst yang tidak mengganggu kesuburan, iaitu :

1. Functional cyst - iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid - menandakan seseorang wanita itu subur
2. Cystadenomas - cyst yang berlaku di lapisan luar kilang telur ovari - tidak mengganggu kesuburan
3. Dermoid cyst - cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ianya boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

CARA CYST DIRAWAT

Rawatan cyst bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.

Sekiranya cyst tidak merbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan. Namun sekiranya perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.

CYST DAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Selain daripada itu, pengambilan supplemen juga dapat membantu pengecutan cyst. Bagi membantu mengurangkan masalah cyst ini, ingin saya kongsikan kebaikan GLA Complex Shaklee yang mana ramai telah berpuas hati dengan hasilnya.

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

 
Sumber bacaan : Dr Zubaidi Hj Ahmad & http://www.hmetro.com.my/articles/Usahcemascysttimbuldiovari/MA/Article

Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir

KAFEIN : KAWAN ATAU LAWAN

Petang-petang macam ni syok kalau pekena kopi secawan..
Lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil minum kopi, class gituu!!

Semua orang tahu dalam kopi ada kafein. Tapi tahukah anda apa itu kafein, dan adakah ianya baik atau tidak baik sekiranya kita bergantung kepada kafein. Jom saya kongsikan cerita tentang kafein dengan korang semua..


Apa itu KAFEIN?

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

Kafein juga dikenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon.

Bagaimana ia bekerja?

Kafein bertindak menyekat reseptor adenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafein juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafein tidak akan memperlahankan aktiviti sel saraf/otak sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan, kafein juga menaikkan aras neurotransmitter dopamine di otak. Disebabkan itulah apabila penggemar kopi berasa letih, lesu dan mengantuk akan mengambil kopi untuk menyegarkan tubuh badan mereka

Kebaikan Kafein

1. Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
2. Mecegah gigi berlubang: Kafein dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
3. Membantu meringankan sakit kepala - berdasarkan dos tertentu
4. Membantu seseorang yang sukar bernafas kerana lelah atau asma
5. Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA
6. Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
8. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80%kurang risiko mendapat kerosakan hati.
9. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
10. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.
 
Keburukan Kafein 

1. Kafein akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.
2. Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan
3. Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.
4. Kafein boleh memberi tekanan berganda kepada tubuh badan
5. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala2 seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
6. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
7. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan baby kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
8. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
9. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
10. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
11. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak kurang daya ingatan.
 
Jadi kesimpulannya, pengambilan kafein hendaklah mengikut dos yang betul bagi mengelakkan kesan negatif terhadap tubuh badan kita.
 
 
 

Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir





Sunday, 10 August 2014

ADAKAH ANDA MEMERLUKAN GLA COMPLEX?

Sempena bulan promosi GLA Complex kali ini, saya akan kongsikan dengan korang semua tentang kebaikan dan khasiat GLA Complex ini.



Tahukah anda?

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E. Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah asid lemak omega-6 (omega-6 fatty acid) yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Di Malaysia, supplemen Evening Pilmrose Oil (EPO) lebih dikenali sedangkan EPO adalah sumber untuk mendapatkan GLA. Berbanding bungan Evening Pilmrose, minyak borage memberikan sumber GLA berkepekatan tinggi sehingga 25% manakala bungan Evening Pilmrose hanya dapat memberikan GLA sehingga 10% concentration sahaja.

FUNGSI dan KHASIAT GLA Complex Shaklee

# Membantu mengawal dan mengatur KITARAN HAID
# Membantu meningkatkan KESUBURAN (untuk yang sedang berusaha untuk HAMIL)
# Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain, etc
# Membantudalam menangani menopos
# Membantu mengecilkan CYST (ovarian cyst & breast cyst)
# Menguatkan kuku dan rambut
# Menjadikan kulit lebih berseri-seri
# Membantu menangani ekzema
# Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
# Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
# Menguatkan imuniti tubuh
# Memperlahankan proses penuaan
# Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
# Mengawal kencing manis dan darah tinggi
# Mengawal kolestrol
# Untuk fungsi saraf

KENAPA GLA Complex Shaklee?

* Tanpa pewarna, pengawet atau perasa tiruan
* Tiada silica gel kerana ianya bersifat semulajadi
* Selamat & berkesan
* Sebotol GLA Complex Shaklee boleh tahan sehingga 2 bulan!

SIAPA yang memerlukan GLA Complex?

# Wanita yang ada CYST (ovarian cyst & breast cyst)
# Wanita yang KITARAN HAID nya tidak tetap
# Wanita yang hampir menopaus
# Wanita yang sedang merancang untuk HAMIL
# Individu yang ada EKZEMA
# Individu yang ada JERAGAT dan JERAWAT yang teruk
# Pesakit kencing manis & darah tinggi

** Nota : GLA Complex bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi boleh diambil juga oleh lelaki.

AWAS : Golongan ini TIDAK BOLEH ambil GLA Complex

# Ibu hamil
# Individu yang ada sawan
# Individu yang bakal menjalani pembedahan


Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir

Tuesday, 5 August 2014

Singkir Lemak Walaupun Ber-Open House!!

Salam Aidilfitri semua..
Blog pun beraya nampaknya..
Sorry korang sebab dah lama tak bersiaran..

So macam mana raya korang semua??
Walau mcam mana meriah pun, jangan dilupakan tragedi yang melanda negara kita iaitu kehilangan MH370 dan yang terkini MH17 yang terhempas dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal..semoga waris dan ahli keluarga tabah menghadapi setiap dugaan yang diberikan oleh-Nya..

gambar hiasan sumber : google
Seperti biasa, setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut pula Hari Raya Aidilfitri..
Simbolik nya Aidilfitri ini adalah untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Tapi dalam menyambut kemenangan tu, jangan la sampai makan lupa diri..qadar makan la katanya..
Lepas tu mula lah, "baju raya baru pakai sejam dah tak muat", "peha dah mula berlaga bila berjalan" dan macam-macam lagi rungutan..
Maka mulalah, "ini kena start puasa enam ni.."

So korang semua, jangan risau..
Nak tahu apa stok yang saya ada untuk bantu korang semua ber-open house sakan tanpa risau pasal lelemak yang ada dalam rendang, kuah kacang, ketupat daun palas, lemang dan seangkatan dengannya..

Meh saya tolong korang..
Korang hanya amik Lecithin dan Alfalfa Shaklee ini setiap hari, confirm body maintain youu!!
Actually dua supplemen ni adalah supplemen MESTI ADA kat rumah korang terutama yang sangat concern dengan body korang ye..!! 
Bukan apa, lemak-lemak yang ada dalam badan ni bukan sahaja menggemukkan tapi ia juga akan mengundang penyakit yang lebih serius dalam jangka masa panjang..
So lebih baik kita nyahkan sekarang sebelum terlambat..

So apa kelebihan LECITHIN dan ALFALFA ini?

LECITHIN bertindak pengemulsi lemak semula jadi atau "fat emulsier"  yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Secara asasnya, Lecithin Shaklee ini  mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Apa pula fungsi KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. So memang kalau student, kita cadangkan ambil Lecithin untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

ALFALFA pula bertindak sebagai penyahtoksin yang mana ia akan mengeluarkan lemak-lemak yang terapung tadi melalui tubuh badan. Tapi jangan risau, korang takkan pergi ke toilet setiap 5 minit untuk "membuang"..Lemak akan dikeluarkan melalui peluh atau urine..So memang dalam pengambilan Alfalfa ni kita sarankan supaya minum air sekurang-kurangnya 3L sehari sebab Alfalfa agak panas..So takut kurang air korang demam pulak..

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation. Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

So jangan rasa bersalah kalau dah termakan banyak masa raya aritu..
Setiap masalah ada penyelesaiannya..
Mudah sahaja, kalau berminat boleh terus tempah dengan saya dengan cara seperti di bawah ini :

Dapatkan supplemen kesayangan anda dengan menghubungi kami di :







FB : www.facebook.com/Noreen Tahir