Salah satu vitamin yang penting dalam kesihatan adalah Vitamin B. Ianya merupakan kategori vitamin yang larut dalam air terdiri daripada 8 komponen iaitu vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9 dan vitamin B12. Setiap komponen tersebut mempunyai nama masing-masing. Kombinasi komponen-komponen vitamin B tersebut menghasilkan B-Complex yang mana setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri dalam pelbagai proses seperti metabolisme, perkembangan, pertumbuhan sel, reproduksi dan sebagainya.
Mari kita lihat apakah akibatnya kekurangan setiap komponen Vitamin B tersebut.
Vitamin B1 - Thiamin
Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan hilang selera makan, gangguan pencernaan, sembelit, lemah otot, denyut nadi lebih lambat, stress, kemurungan serta insomnia
Vitamin B2 - Riboflavin
Akibat kekurangan vitamin ini adalah mata merah, rasa terbakar pada mata, gatal-gatal katarak, kulit berkedut, kulit berminyak serta rambut kusam.
Vitamin B3 - Niacin
Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan badan cepat letih dan lesu, kurang selera makan, sakit kepala, mudah lupa, masalah pencernaan, masalah gastrointestinal dan dermatitis.
Vitamin B5 - Pantothenic Acid
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan mudah lelah, muntah-muntah dan diarhea.
Vitamin B6 - Pyridoxine
Bagi yang mengalami masalah anemia adalah disebabkan kekurangan vitamin ini, Selain itu, insomnia, cepat merah, gugup serta kekejangan juga dikaitkan dengan akibat kekurangan vitamin ini.
Vitamin B7 - Biotin
Kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kering dan kasar serta rambut kusam.
Vitamin B9 - Asid Folik
Asid Folik adalah sangat penting buat ibu hamil. Kekuarangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan pada janin serta kelahiran pramatang. Selain itu, kekurangan vitamin ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hilang selera makan, sakit lidah, anemia, cepat marah, penurunan berat badan serta denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur.
Vitamin B12 - Cobalomin
Kemungkinan akibat kekurangan vitamin ini adalah mengalami gangguan tidur, kurang konsentrasi serta depresi.
Apa kelebihan vitamin B-COMPLEX Shaklee berbanding vitamin B yang lain?
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini adalah kerana asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folik.
Khasiat B-Complex Shaklee
✐ Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
✐ Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
✐ Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak
✐ Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
✐ Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan masalah kesihatan rambut
✐ Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus
✐ Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang serkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
✐ Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
✐ Mencegah pericche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau
✐ Detoksifikasi - meredakan alahan
Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :
Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com
No comments :
Post a Comment