Bagi pasangan yang telah berkahwin pasti menginginkan zuriat. Namun ada di antara pasangan yang telah berkahawin bertahun-tahun namun masih tidak dikurniakan zuriat. Apa pun ianya juga adalah ketentuan Allah swt. dalam memberikan rezeki dan nikmat kepada hamba-Nya. Tetapi itu tidak bermakna pasangan suami isteri itu terus menerus berserah kepada takdir tanpa berusaha untuk mendapatkannya.
Tidak mendapat zuriat seringkali dikaitkan dengan ketidaksuburan. Dan ketidaksuburan juga seringkali dikaitkan dengan WANITA. Namun tahukah anda, LELAKI juga tidak terlepas daripada mengalami masalah kesuburan.
Bagi lelaki, punca utama adalah disebabkan testis yang tidak normal. Punca yang lain adalah seperti duktul yang tersumbat, masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal, gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi. Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum (walaupun telah menjalani pembedahan) dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.
Punca lain yang dikenal pasti adalah seperti proses inflamasi yang berlaku daripada jangkitan atau kecederaan pada testis. Pengembangan vena varikosel (varicose) dalam skrotum atau dikenal sebagai varikosel boleh mengurangkan bilangan dan motiliti sperma. Sesetengah bahan kimia dan ubat-ubatan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi testis. Keadaan ini biasanya terjadi selepas penggunaan ubat yang dipanggil sitotoksik (cytotoxics) untuk rawatan kanser, terutamanya kanser darah atau kanser kelenjar testis. Terapi kesan radiasi atau X-ray ke atas testis juga boleh menyebabkan infertiliti dengan merosakkan tubul seminiferous. Sperma tidak boleh dihasilkan apabila saluran duktus yang tersumbat. Hal ini terjadi akibat jangkitan gonorea, atau sesetengah lelaki memang dilahirkan dengan saluran duktus yang sempit. Kelenjar-kelenjar seperti seminal vesikel, prostat dan bulbouretra dipanggil kelenjar seks aksesori dan menyumbang ke arah pembentukan air mani. Sekiranya kelenjar-kelenjar ini turut dijangkiti, maka sperma tidak normal akan terhasil. Selalunya, masalah kawalan hormon menyebabkan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan yang dihasilkan tidak mencukupi.
Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya, lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter yang diejakulasi. Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, terdapat sekurang-kurangnya 50 peratus sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya, 25 peratus sperma yang bergerak secara progresif. Aspek lain yang dilihat ialah rupa bentuk atau morfologi sperma. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyai kepala yang bujur dan ekor. Ada juga sperma mempunyai kepala, saiz dan ekor yang abnormal. Akan tetapi, sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan sperma yang abnormal melebihi 75 peratus, kualiti kesuburan akan merosot.
Sumber Utusan Online.
Shaklee juga ada menyediakan SET KESUBURAN LELAKI bagi memulihkan serta membantu para suami untuk meningkatkan kesuburan. Set ini mengandungi Vitamin E dan Zink Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan
Vita-E Complex membantu meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma yg membolehkan mudah hamil. Ia juga merupakan antioksidan yg kuat yg dapat membunuh radikal-radikal bebas yg boleh membuatkan kerosakan dan kecacatan sperma. Membantu menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti.
Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :
Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com
No comments :
Post a Comment