Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 26 December 2013

NOTA BUAT IBU HAMIL - BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI

AWAS ibu-ibu hamil, sekiranya anda berasa letih, tidak sihat, emosi terganggu serta tubuh lemah bukanlah simptom 'pembawakkan budak' semata-mata. Perkara sebegini perlu dipandang serius kerana ia adalah simptom kekurangan ZAT BESI. Lebih buruk lagi kekurangan zat besi ini boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah. 


Masalah ini sekiranya tidak diberi perhatian boleh menjejaskan kesihatan jangka masa panjang kepada ibu dan bayi yang dikandung. Anemia atau kekurangan sel darah merah ini berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. Adalah dianggarkan bahawa wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

Sumber myMetro & Bharian

Kenapa Anemia Perlu Dipandang Serius?

Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan  :

〖KEPADA IBU〗

》TUMPAH DARAH semasa dan selepas bersalin
》Tekanan darah tinggi (Eklampsia)
》Keguguran 
》Kematian

〖KEPADA BAYI〗

》Kematian janin
》Kelahiran bayi tidak cukup bulan (pre-mature baby)
》Kelahiran bayi kurang berat badan

Apakah Tahap Anemia Anda?

✐ < 6.9 => SANGAT TERUK
✐6.9 < 8.0 => TERUK
✐ 8.0 < 9.5 => SEDERHANA
✐ 9.5 - 10.5 => RINGAN


Vita-Lea Shaklee dan Anemia


Multivitamin Shaklee yang mana setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Setiap tablet disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina serta merupakan multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalam nya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ianya dirumus dengan iron formula mengandungi zat besi yang membantu dalam mengatasi masalah anemia atau kekurangan sel darah merah serta masalah tekanan darah rendah (HB Low) terutama ketika hamil.

Dengan pengambilan supplemen 2 biji Vita-Lea Shaklee sehari sudah cukup untuk membantu menangani masalah anemia buat ibu-ibu hamil.


=========================================================
Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :


Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment