Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 24 October 2013

Arrrggghh...Sembelit Lagi!

Sembelit bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ianya adalah masalah universal; lelaki, perempuan, dewasa, kanak-kanak, muda, tua semua pun boleh kena..Tapi awas jangan pandang remeh sebab ianya boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat.

Punca-Punca Sembelit

# Kurang serat dalam diet
# Kurang aktiviti fizikal bagi orang tua
# Pengubatan
# Susu
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable Bowel Syndrome
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
# Penyalahgunaan julap
# Menahan buang air besar
# Kekurangan air
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
# Masalah dengan kolon dan rektum
# Masalah dengan fungsi usus, sembelit kronik secara tiba-tiba dan tanpa sebab

Tanda Dan Gejala Sembelit

✎ Tidak membuang air besar beberapa hari atau membuang najis yang keras dan kering
✎ Perut kembung, kejang dan sakit
✎ Kurang selera makan
✎ Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk mengelakkan ketidakselesaan.
✎ Sedikit cecair atau najis lembut tercalit pada seluar dalam kanak-kanak

Bahaya sekiranya tidak dirawat

Sembelit yang berpanjangan dan tidak dirawat akan menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan kulit pada sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Akibatnya, pendarahan rektum akan berlaku, di mana darah dilihat di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot Sphincter dubur untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

Dan sembelit yang tidak dirawat juga boleh menjadi salah satu punca kanser usus.

Rawatnya dengan SHAKLEE

Untuk merawat masalah sembelit ini, adalah dicadangkan untuk mengambil HERBLAX.



Herblax bersifat semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu merawat perut dan usus dari masalah perut seperti sembelit dan tak lawas. Ia juga mampu menyahkan toksin dari badan. Bagi yang ingin mengempiskan perut, Herblax memang sangat sesuai. Namun demikian, memandangkan ianya bersifat herba, maka ia tidak sesuai bagi wanita hamil kerana ia akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut sekali gus mendedahkannya kepada risiko keguguran.

Jadi untuk ibu hamil, adalah dicadangkan untuk mengambil OSTEMATRIX yang dilengkapi dengan kalsium dan magnesium.


Sifat Ostematrix yang memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus dapat membantu masalah sembelit sama ada semasa hamil, pantang atau semua golongan yang mengalami masalah sembelit. Paling baik sekali sebiji Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium. Jadi ini bermakna bagi wanita hamil atau sedang menyusukan adalah disaran mengambil 4 biji sehari bagi menampung keperluan kalsium seharian.

Jadi rawatlah masalah sembelit anda dengan segera sebelum ianya menjadi lebih kronik.


Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment