Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 9 October 2013

~ TAHUKAH ANDA | STATISTIK OBESITI DI MALAYSIA ~




Di sini adalah perkongsian mengenai statistik obesiti di Malaysia untuk peringatan dan tatapan bersama :

⇛ 4 daripada 10 orang mengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan

⇛ Obesiti di kalangan orang dewasa meningkat 250% dalam tempoh 10 tahun daripada tahun 1996 hingga 2006

⇛ Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006 menunjukkan sebanyak 14% penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan setiap tahun

⇛ Statistik tahun 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanan dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah daripada mereka telah mula mendapatkan suntikan insulin sejak berusia setahun

⇛ Jumlah dewasa obes bertambah lebih 3 kali ganda lebih sedekad yang lalu, daripada 4% pada tahun 1996 kepada 14% pada tahun 2006

⇛ Kira-kira 38% daripada remaja berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat

⇛ Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2012 terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24% yang berumur daripada 6 hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obes

⇛ Berdasarkan laporan Dewan Rakyat tahun 2011, Malaysia menduduki tempat PERTAMA di kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang mempunyai rakyat paling ramai mengalami obesiti dan tempat KEENAM di negara Asia Pasifik



⇛ Kadar pengambilan gula adalah tinggi di kalangan rakyat Malaysia iaitu purata 51 gram, lebih tinggi daripada saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram

Amalkan kehidupan yang sihat, jaga pemakanan dan lakukan senaman agar kita tidak tergolong dalam kumpulan orang yang obes.


Dapatkan produk Shaklee dengan kami..


Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment