Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 28 October 2013

AWAS! 10 Penyakit Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui


Kesihatan lelaki kurang mendapat perhatian berbanding kesihatan wanita. Ramai yang tidak menyedari bahawa ada sesuatu yang berlaku pada dirinya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang besar jika tidak diberi perhatian yang serius. Lelaki lebih kurang cenderung berjumpa doktor berbanding wanita dan bertindak menunggu tempoh yang lebih lama sebelum masalah kesihatan dirawat. Namun tahukah anda penyakit-penyakit yang sentiasa dihadapi oleh LELAKI?

Kebanyakan faktor yang menyebabkan lelaki mempunyai masalah kesihatan adalah faktor pemakanan, merokok, gaya hidup, pengambilan minuman keras, genetik dan sebagainya. Namun sekira ianya dapat diperbaiki, nescaya penyakit-penyakit tersebut boleh dicegah dari awal. 

Berikut adalah 10 penyakit popular yang menyerang kaum LELAKI:

Sakit Jantung - Sering dikaitkan dengan tahap kolestrol yang tinggi dalam tubuh badan. Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok 'binaan' penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. 

♨ Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD) - COPD ialah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.

Kencing manis - Penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Kekurangan insulin menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

StrokeStroke berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen dan berpunca samada saluran darah kepada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak.

Kanser Pankreas - Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritonium

Kanser Prostat - Kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia. Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030. Kanser prostat bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula.

Tekanan Darah Tinggi Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah kondisi umum di mana cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat hingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.

Batu Karang - Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.

ObesitiKajian menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro(IVF).Berat badan terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.

GoutGout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.

✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁✁

Bagi kaum lelaki yang mementingkan kesihatan, Shaklee telah menghasilkan supplemen yang dapat membantu kaum lelaki mendapat kesihatan yang optimum iaitu :


OMEGA GUARD


Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3  semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Ia membantu merendahkan tahap kolestrol, mengekalkan tekanan normal darah seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung. Ia juga memelihara kesihatan otak, penglihatan dan sakit sendi serta mencegah penyakit gout. Bagi yang ingin mengawal berat badan, Omega Guard Shaklee ini juga berfungsi membakar lemak dan membantu mengurangkan obesiti.


VITA-E COMPLEX

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Ia merupakan antioksidan larut lemak yang powerful dan membantu mengurangkan risiko jantung, masalah prostat, memelihara paru-paru serta menguatkan sistem imun. Ia juga bermanfaat untuk rawatan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan risiko kanser prostat.


ZINK COMPLEX

 

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi dan nutrients lain seperti kalsium, serbuk alfalfa dan barley untuk menghasilkan zink yang mudah diserap tubuh. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan  peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah,  kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment