Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 22 October 2013

≋ Kawal Kolestrol Anda Dengan Omega Guard & Alfalfa ≋

Secara ringkas tentang KOLESTROL :

1. Merupakan bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan dan ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.

2. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

3. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

4. Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

5. Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

6. Bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau.

7. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi.

8. Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari.

9. Saranan pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.

10 . Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.
* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung. 

Perbezaan lemak dan kolestrol
  1. Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  2. Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  3. Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  4. Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  5. Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
  6. Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.

Jadi apakah fungsi Omega Guard dan Alfalfa dalam mengurangkan kolestrol?



Omega Guard

Omega 3 dalam Omega Guard ini amat berkesan dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit. Ia juga melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lainnya, lantas menghalang tekanan darah tinggi.


Alfalfa

Lemak kolestrol yang terurai harus disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak seperti span serta yang menyerap kolestrol dan menyingkirkannya keluar dari tubuh.


Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, dapatkan konsultasi PERCUMA, jadual pemakanan supplemen yang EKSKLUSIF dan harga yang BERBALOI-BALOI..hubungi kami melalui :

Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com

No comments :

Post a Comment