Kenapa perlu berpantang?
✎ Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi
✎ Membetulkan peredaran darah
✎ Mengurangkan angin dalam badan
✎ Mengurangkan sakit kepala
✎ Melancarkan pengaliran susu badan
✎ Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression
✎ Membantu menstabilkan emosi
Bagi yang melakukan berpantang secara tradisional, amalan seperti bertungku, bertangas, berurut, pemakaian bengkung serta memakai param dan pilis dipercayai dapat mengembalikan kesihatan luaran dan dalaman seorang wanita selepas bersalin.
Dalam era masa kini, pelbagai set berpantang/bersalin terdapat di pasaran. Terdapat dalam pelbagai jenama tidak kira sama ada tradisional ataupun moden. Lebih memudahkan, bahan-bahan yang digunakan semasa berpantang pada zaman dahulu telah dimodenkan dengan menjadikan bahan-bahan tersebut dalam bentuk krim, kapsul dan sebagainya. Namun demikian, sebagai pengguna ibu-ibu perlu peka dengan keselamatan penggunaan produk tersebut agar ianya tidak memudaratkan ibu dan bayi.
Kenapa Set Berpantang Shaklee?
Set Berpantang Shaklee dihasilkan daripada vitamin yang semula jadi. Ianya terbukti selamat dan terjamin buat ibu dan bayi malah membekalkan nutrisi yang lengkap buat kedua-duanya.
VITA-LEA
Multivitamin dan mineral serta sebagai pelengkap nutrisi dan memberi tenaga kepada ibu-ibu dengan segera serta sangat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah tidur semasa berpantang. Ia juga membantu ibu-ibu yang mengalami masalah tekanan darah rendah, keletihan, kebas-kebas, keresahan serta meransang peredaran darah.
B-COMPLEX
Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ianya terkenal dengan membantu untuk mengurangkan stress, sekaligus meredakan sakit kepala, insomnia dan kemurungan.
VITA-C
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga bertindak mengukuhkan sistem imun serta menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema. Selain itu, ia juga membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah keresahan dan insomnia.
ZINK
Zink merupakan vitamin yang penting bagi ibu-ibu selepas bersalin kerana ianya bertindak mempercepatkan pemulihan luka (luka jahitan episiotomi atau caesarean) sama ada dalaman ataupun luaran. Selain itu, ia juga membantu ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin.
ESP
Produk yang menjamin penyediaan 9 jenis asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan serta diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ianya merupakan sumber protein yang membantu membekalkan tenaga yang berterusan terutama kepada ibu-ibu yang sedang berpantang serta memperbanyakkan susu badan.
OSTEMATRIX
Merupakan sumber kalsium yang membantu menguatkan tulang, kuku dan gigi. Selain itu, ia juga membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit selepas bersalin.
ALFALFA
Bertindak sebagai milk booster serta mengurangkan bengkak susu. Walau bagaimanapun, ianya tidak sesuai bagi pesakit SLE (ibu atau anak) serta bayi yang menghidap jaundice atau sakit kuning.
Lihatlah, betapa Set Berpantang Shaklee ini telah terbukti berkesan dan membantu ramai ibu di luar sana.
﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌
Sekiranya berminat tempahlah dengan kami sekarang. Setiap pembelian supplemen dengan kami layak untuk mendapat jadual pemakanan yang eksklusif dan konsultasi secara percuma. Hanya PM atau WhatsApp kami.
Shaklee ID : 916236
SMS / WhatsApp : 019-3335121
FB page : https://www.facebook.com/BeautyBuzzSupplements
Email : shreen00@yahoo.com
No comments :
Post a Comment